LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INSPIRASI WANITA LEAD TO WELL-BEING

Program      19 Jun 2025      Sabah    

Majlis Perasmian Program Inspirasi Wanita: Lead To Well-Being

19 Jun 2025

Program Inspirasi Wanita: Lead To Well-Being anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah berlangsung dengan jayanya di Kota Kinabalu, Sabah hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, yang mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Bertemakan “Lead to Well-Being”, program ini mengetengahkan kepentingan memimpin diri ke arah kesejahteraan hidup yang lebih holistik. Kesejahteraan yang dimaksudkan merangkumi pelbagai dimensi fizikal, mental dan emosi, sosial serta rohani dengan matlamat menjadikan wanita lebih kuat, bijak dan sejahtera.

Antara pengisian menarik sepanjang program adalah:

? Ceramah: Let’s Talk – How Women to Be On Board? oleh Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM)
?Forum: LeadHer Catch Up – Strong, Wise, Well
Slot interaktif: ArtHeals – Paint Your Peace

Melalui penganjuran program seperti ini, KPWKM bukan sahaja membimbing wanita, malah membuka ruang untuk mereka melangkah ke hadapan dan membina keyakinan sebagai pemimpin yang berwibawa.

KPWKM terus komited dalam memperkasa wanita serta menjaga kesejahteraan kumpulan sasar Kementerian secara menyeluruh.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pengarah JPW, YBrs. Puan Hanani Sapit, bersama pegawai-pegawai kanan daripada jabatan dan agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option