LENSA KPWKM

MESYUARAT KHAS SEMAKAN PELAN STRATEGIK KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 2026-2030

Mesyuarat      4 Februari 2026      Kuala Lumpur    

MESYUARAT KHAS SEMAKAN PELAN STRATEGIK KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 2026-2030

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan mesyuarat khas semakan cadangan Pelan Strategik KPWKM 2026-2030 pada 3-4 Februari 2026. Mesyuarat ini telah dipengerusikan YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan disertai oleh Pengurusan Tertinggi kementerian. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan serta memuktamadkan dokumen Pelan Strategik KPWKM 2026-2030 sebagai rujukan utama dan hala tuju strategik Kementerian dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada Kumpulan sasar.

Pelan Strategik KPWKM 2026-2030 mengandungi lima Teras Strategik yang dijajarkan dengan aspirasi Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), Kerangka Strategik Malaysia MADANI, Dasar Sosial Negara 2030, Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG) dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam sebagai panduan.

ATAS
Accessbility Option