LENSA KPWKM

KEMPEN “AWAK OK TAK?” JOM KONGSI - MEMBUDAYAKAN SIFAT PRIHATIN, MENYEMAI NILAI EMPATI DAN SOKONGAN TANPA MENGHAKIMI

Program      12 Oktober 2025      Kuala Lumpur    

Kempen “Awak Ok Tak?” Jom Kongsi - Membudayakan Sifat Prihatin, Menyemai Nilai Empati dan Sokongan Tanpa Menghakimi

12 Oktober 2025

“Awak OK tak” bukan sekadar soalan, tetapi ia adalah seruan untuk masyarakat membudayakan nilai prihatin dengan bertanya, mendengar dan saling menyokong satu sama lain.

Menyedari kepentingan kesejahteraan emosi, KPWKM hari ini telah melancarkan Kempen Awak Ok tak? Jom Kongsi bertujuan mewujudkan masyarakat yang saling peduli dan menyokong.

Kempen ini lahir dari keperluan membina masyarakat yang prihatin terhadap kesejahteraan emosi individu mahupun komuniti sekeliling.

Program dimulakan dengan acara Kasih Fun Run yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara Yayasan Kebajikan Negara (YKN), SinarPlus Karangkraf dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut disertai oleh lebih 5000 orang peserta termasuk 1200 orang peserta berdaftar terdiri daripada pelbagai lapisan masyakat. Acara pelepasan Flag Off Kasih Fun Run telah diketuai oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM dan YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Program hari ini turut menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik terus kepada orang ramai melalui reruai-reruai pameran daripada Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

Kepada mereka yang memerlukan bantuan, sama ada untuk kaunseling, perlindungan atau sokongan sosial, Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti sentiasa bersedia membantu.

Jom bersama kami menggerakkan Kempen ini dengan mula bertanya Awak OK Tak? kepada mereka di sekeliling anda kerana setiap pertanyaan kecil boleh membawa perubahan besar

ATAS
Accessbility Option