LENSA KPWKM

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI BERSAMA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)

Program      19 Jun 2025      KPWKM    

Program Pendidikan Pengundi Bersama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

19 Jun 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui Akademi Pilihan Raya telah menganjurkan Program Pendidikan Pengundi bagi Perkhidmatan Awam bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sivik dan kefahaman mengenai sistem pilihan raya dalam kalangan penjawat awam. Selain sesi taklimat interaktif, kaunter perkhidmatan SPR turut dibuka bagi urusan semakan maklumat pengundi dan pertukaran alamat pengundi.

KPWKM merupakan kementerian pertama yang menyahut seruan SPR untuk menganjurkan program pendidikan pengundi secara langsung bersama warga Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM yang merupakan satu inisiatif ke arah memperkukuh budaya demokrasi dan keterlibatan rakyat.

Terima kasih kepada pihak SPR dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

ATAS
Accessbility Option