LENSA KPWKM

THE 23RD ASEAN & JAPAN HIGH-LEVEL OFFICIALS MEETING ON CARING SOCIETIES (HLOM)

Mesyuarat      28 Oktober 2025      Narita, Jepun    

The 23rd ASEAN & Japan High-Level Officials Meeting on Caring Societies (HLOM)

28 hingga 30 Oktober 2025, Narita, Jepun

The 23rd ASEAN & Japan High-Level Officials Meeting on Caring Societies (HLOM) telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan, Jepun yang dihadiri oleh wakil Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD), Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD) dan Senior Labour Officials Meeting (SLOM) dari semua Negara Anggota ASEAN.

Malaysia diwakili oleh Dr. Shela Vengirasamy dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. Noraliza binti Noordin Merican dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dr. Nor Azam binti Baharom dari Kementerian Sumber Manusia.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai maklumat telah dikongsikan oleh pihak penganjur dan semua Negara Anggota ASEAN. Secara keseluruhannya, para peserta mengambil maklum dan bersetuju bahawa penduduk di Negara-Negara Anggota ASEAN sedang menua dengan pesat dan keadaan ini memerlukan intervensi segera agar impak perubahan demografi dan sosioekonomi dapat ditangani secara berkesan.

Antara inisiatif penting yang dicadangkan adalah keperluan perkhidmatan kesihatan dan penjagaan jangka panjang yang bersepadu, perlindungan sosial, peluang penyertaan sosial dan pekerjaan serta keselamatan sosial bagi warga emas di seluruh rantau ASEAN. Mesyuarat ini menekankan komitmen bersama ke arah mewujudkan masyarakat yang inklusif dan berdaya tahan dalam menangani cabaran perubahan lanskap demografi dan sosioekonomi yang sedang dihadapi.

Dalam mesyuarat tersebut juga, KPWKM telah berkongsi berkaitan Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara 2026-2030 yang dilancarkan pada 5 Oktober 2025 dan initiatif semasa berkaitan penggubalan Rang Undang-Undang Warga Emas ke arah mewujudkan ekosistem yang menyokong kesejahteraan warga emas. KPWKM juga telah menyatakan komitmen dalam membangunkan pelan penjagaan jangka panjang yang bersepadu dan memperkukuh perlindungan sosial melalui bantuan sosial yang berkesan kepada warga emas di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option