LENSA KPWKM

VALIDATION WORKSHOP ON THE ACWC WORK PLAN 2026–2030

Mesyuarat      13 Ogos 2026      Indonesia    

“Validation Workshop on the ACWC Work Plan 2026–2030”

13 - 14 Ogos 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai Validation Workshop on the ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) Work Plan 2026–2030 yang dianjurkan oleh Sekretariat ASEAN pada 13 hingga 14 Ogos 2026 di Jakarta, Indonesia.

Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada Negara Anggota ASEAN (AMS) bagi meneliti dan mengesahkan dokumen ACWC Work Plan 2026–2030 yang akan memperincikan hala tuju ACWC bagi tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform strategik bagi mengadakan libat urus bersama rakan dialog ASEAN, rakan pembangunan dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dalam membincangkan keutamaan strategik serta memperkukuh kerjasama bagi menyokong pelaksanaan ACWC Work Plan 2026–2030.

KPWKM telah diwakili oleh dua orang delegasi iaitu Theenarachigee Muniandy daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Wan Nur Izzati binti Wan Hanapi daripada Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Keluarga.

Penyertaan KPWKM dalam bengkel ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan kerjasama serantau bagi mempromosi dan melindungi hak wanita dan kanak-kanak, di samping memastikan kepentingan serta keutamaan Malaysia diambil kira dalam pelaksanaan ACWC Work Plan 2026–2030.

ATAS
Accessbility Option