LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH ANGKATAN ZAMAN MANSANG (AZAM) SARAWAK

Mesyuarat      29 Oktober 2025      Parlimen    

Kunjungan Hormat daripada Angkatan Zaman Mansang (AZAM) kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

29 Oktober 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) yang diketuai oleh Encik Ali.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik antara AZAM dan KPWKM dalam memperkasa peranan wanita serta memperluas peluang penyertaan mereka dalam pembangunan sosial dan komuniti. Pertemuan ini juga menjadi platform awal bagi memperkenalkan peranan serta inisiatif AZAM selain meneroka ruang kerjasama yang berpotensi, khususnya dalam memperkukuh penyertaan wanita dalam bidang kepimpinan komuniti, pembangunan ekonomi dan organisasi sosial.

KPWKM amat mengalu-alukan jalinan kerjasama strategik bersama AZAM dalam usaha memperkasa wanita sebagai pemangkin pembangunan masyarakat, di samping memperluas jaringan sinergi ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan holistik.

Turut sama hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

ATAS
Accessbility Option