Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 6 Tahun 2025
26 Jun 2025
Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 6 Tahun 2025 yang diurusetiakan bersama oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) pada hari ini memberi fokus kepada beberapa perkara antaranya:
???? Inisiatif YKN dalam menyampaikan bantuan kepada waris mangsa tragedi kemalangan bas yang melibatkan pelajar UPSI di bawah Skim Pemberian Ehsan kepada Keluarga Mangsa (PEKA).
???? Sukarelawan Kaunselor Berdaftar (SKB) Lembaga Kaunselor Malaysia Zon Timur telah mengambil inisiatif mendapatkan gambaran awal sebelum program intervensi PFA (Psychological First Aid) dirancang pada bulan Julai hingga September 2025 secara berfasa.
????36 aduan telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 60 hari oleh Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS).
???? Program PEKERTI Negara 2025 oleh LPPKN menyasarkan 150,000 penerima manfaat akan terus memberi fokus kepada pendidikan intervensi sosial dan seksual dalam kalangan remaja dan komuniti.
???? JPW terus memacu wanita dalam dunia digital melalui Program Wanita Gig@BIT dan
Program Inspirasi Wanita yang bertemakan ‘Lead to Wellbeing’ dengan matlamat membimbing wanita mencapai kesejahteraan menyeluruh secara fizikal, mental dan rohani.
???? JKM telah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di Kelantan dan Perak, serta menganjurkan Simposium PKKK Kebangsaan 2025 yang memperkukuh rangka kerja perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di seluruh negara.
???? KPWKM telah menghantar wakil dalam ASEAN+3 Regional Conference on Integration Policy in Fostering an Inclusive Ageing Society Through an Intergenerational Approach bagi berkongsi amalan terbaik dalam dasar penuaan inklusif, mengukuhkan kerjasama serantau dalam menyokong penuaan aktif dan mencadangkan strategi dasar penuaan inklusif di rantau ini.
Dalam majlis ini, turut disampaikan sijil penghargaan Anugerah Perkhidmatan Terbaik Reruai KPWKM sempena Program MADANI Rakyat 2025 Perak.
YB Menteri di akhir ucapannya menyeru semua warga KPWKM untuk meneruskan kerja dengan ikhlas dan menghasilkan impak yang tinggi kepada peningkatan kesejahteraan rakyat.