Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah menutup tirainya pada hari ini setelah berlangsung selama tiga hari di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. Majlis Perasmian Penutup PMR 2025 ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan dihadiri oleh kira-kira 100,000 orang pengunjung.
Sambutan yang diterima di reruai KPWKM amat luar biasa apabila warga Tawau dan sekitarnya masih datang berpusu-pusu walaupun sudah memasuki hari terakhir bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan/Agensi di bawah KPWKM terutama saringan kesihatan oleh LPPKN dan perkhidmatan kaunseling oleh Lembaga Kaunselor yang terus komited memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir. Anda adalah nadi kejayaan Program MADANI Rakyat 2025 Sabah.
“Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan”