Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) Workshop on Enhancement of Digital Literacy and Skills for APEC Women
Pada 22 hingga 23 April 2026, Dr Nurul Huda Abdul Manaf (KPWKM) dan Isabela Senti Anak Rijeng (JPW) telah menghadiri Asia-Pacific Economic (APEC) Workshop on Enhancement of Digital Literacy and Skills for APEC Women di Beijing, China. Dr. Nurul Huda juga telah diberi peluang menjadi moderator dalam sesi kemahiran digital, pembentukan kursus dan pendekatan pembelajaran.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan wanita di dalam penyertaan ekonomi digital sebagai pencipta dan pemimpin. Para peserta didedahkan dengan perkongsian berkenaan kepentingan kesedaran literasi digital dalam kalangan wanita, pembentukan modul latihan/ kurikulum pendigitalan yang sistematik, penyediaan ekosistem yang fleksibel kepada masyarakat amnya, pembangunan bakat, tadbir urus dan amalan terbaik yang praktikal oleh perwakilan dari negara Thailand, Peru, Papua New Guinea dan China.
Bengkel ini telah menggarapkan teori dan amalan terbaik bagi membolehkan ilmu ini diaplikasikan mengikut kesesuaian negara perwakilan. Dalam mendepani era kemajuan teknologi AI yang berkembang pesat, pendedahan melalui bengkel seperti ini telah membuka lebih peluang kepada idea berkenaan literasi digital yang boleh diteroka oleh Malaysia, percambahan idea dalam keseimbangan polisi dan program pembangunan wanita yang efektif dan inklusif.