LENSA KPWKM

HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT KPWKM

Program      26 Oktober 2026      Kuala Lumpur    

Hari Cuci Malaysia Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

26 September 2026

Bersempena dengan Hari Cuci Malaysia 2026, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut bersama-sama menjayakan inisiatif ini yang dilaksanakan sebagai usaha Kerajaan dalam membudayakan amalan kebersihan, memelihara alam sekitar serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan kondusif.

Program Hari Cuci 2026 peringkat KPWKM yang berlangsung di Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras turut menghimpunkan warga KPWKM dan komuniti setempat dalam aktiviti pembersihan secara gotong-royong.

Lebih daripada sekadar membersihkan persekitaran, program ini menjadi wadah untuk menyemai semangat kebersamaan, kerjasama dan rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan warga KPWKM.

Amalan menjaga kebersihan tidak seharusnya terhenti selepas program berakhir. Sebaliknya, ia perlu terus menjadi sebahagian daripada budaya kerja dan kehidupan seharian kita.

Ayuh, bersama-sama kita jadikan kebersihan sebagai amalan berterusan demi persekitaran yang bersih, selamat, kondusif dan selesa untuk semua.

ATAS
Accessbility Option