LENSA KPWKM

ASEAN CONFERENCE ON INVESTING IN CARE ADVANCING INCLUSIVE TRANSFORMATION THROUGH CARE AS A SOCIO-ECONOMIC INFRASTRUCTURE

Program      28 Oktober 2026      Filipina    

ASEAN Conference on Investing in Care: Advancing Inclusive Transformation through Care as a Socio-Economic Infrastructure

Malaysia, melalui wakil daripada Bahagian Kesejahteraan Masyarakat (BKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama-sama wakil Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), telah menyertai ASEAN Conference on Investing in Care: Advancing Inclusive Transformation through Care as a Socio-Economic Infrastructure. Persidangan ini telah berlangsung di Crowne Plaza Manila Galleria, Filipina pada 28 hingga 30 Oktober 2026.

Delegasi negara telah diketuai oleh Puan Fatimah Zuraidah Salleh, Timbalan Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, KPWKM, dan turut disertai oleh Puan Lydia Irffian Mohd Isa (MOTAC), Puan Noor Izrinda Hamzar (KESUMA), serta Encik Muhammad Zukhairi Amdan (Sekretariat Sektor Penjagaan, KPWKM).

Dalam persidangan tersebut, Malaysia telah diundang sebagai ahli panel bagi sesi “Community-Based and Local Government Innovations in Care” dan “Advancing on ASEAN Commitment on Care”. Kedua-dua sesi ini mengetengahkan platform perkongsian amalan terbaik dan kepakaran, penyelarasan standard latihan dan pensijilan, pengiktirafan bersama kelayakan penjaga, serta pembangunan dasar berasaskan data.

Malaysia terus komited bersama-sama rakan negara ASEAN yang lain dalam usaha memperkasakan ekonomi penjagaan di rantau ini.

ATAS
Accessbility Option