LENSA KPWKM

KPWKM TINGKATKAN KESEDARAN AWAM BERKAITAN OKU MELALUI ADAPTASI DRAMA PENDEK

Program      17 November 2025      Kuala Lumpur    

KPWKM TINGKATKAN KESEDARAN AWAM BERKAITAN OKU MELALUI ADAPTASI DRAMA PENDEK

17 November 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melancarkan dua (2) drama pendek bertajuk “Takdir Yang Mengerti Aku” dan “Bertahan Terluka” yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Drama pendek yang diadaptasikan daripada buku Tiada Yang Mustahil Edisi 3: Keusahawanan OKU – Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang menampilkan kisah benar tentang keberanian, kegigihan dan hati kental para usahawan OKU yang tidak pernah berhenti melangkah walaupun diuji berkali-kali.

Pendekatan melalui ruang yang kreatif ini terus membawa isu-isu sosial selari dengan semangat dasar OKU negara bahawa setiap insan, tanpa mengira upaya, berhak dihormati, disokong dan diberi peluang yang adil untuk hidup bermaruah.

KPWKM akan memastikan sokongan kepada OKU terus diperkukuhkan melalui inisiatif Kementerian seperti Elaun Pekerja OKU, Program Job Coach, Latihan kemahiran di PLPP dan Bengkel Daya serta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk golongan OKU.

Kerajaan akan terus memperkasa penyertaan OKU sebagai sebahagian daripada pembangunan negara melalui Konvensyen Tentang Hak Orang Kurang Upaya menerusi strategi RMK-13, serta peruntukan RM4.144 bilion dalam Belanjawan 2026 dengan lebih satu pertiga khusus untuk OKU.

ATAS
Accessbility Option