LENSA KPWKM

SESI SUAI KENAL DAN TAKLIMAT PORTFOLIO KPWKM BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mesyuarat      18 Disember 2025      KPWKM    

Sesi Suai Kenal dan Taklimat Portfolio KPWKM Bersama YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

18 Disember 2025

Bagi memperkukuh kefahaman dan penyelarasan hala tuju strategik KPWKM, sesi Suai Kenal dan Taklimat Portfolio Kementerian bersama YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diadakan pada hari ini di Bangunan KPWKM.

Penerangan menyeluruh berkaitan latar belakang kementerian, bidang tugas, peranan serta portfolio KPWKM diberikan selaras dengan keutamaan semasa kerajaan. Selain itu, turut dibentangkan struktur organisasi, peranan bahagian serta jabatan dan agensi di bawah KPWKM seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia (ISM), Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS).

Dengan gabungan baharu ini, KPWKM terus komited bagi memperkasa wanita, memperkukuh institusi keluarga dan menjamin kesejahteraan masyarakat secara inklusif dan saksama di samping memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Turut sama hadir dalam sesi ini ialah Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta wakil bahagian di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option