LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH JARINGAN SOSIAL LINDUNGI KANAK-KANAK

Program      5 Jun 2025      Pasir Mas, Kelantan    

KPWKM Perkukuh Jaringan Sosial Lindungi Kanak-Kanak

5 Jun 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) terus komited memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia hidup dalam persekitaran yang selamat, terlindung dan diberi perhatian sewajarnya.

Hari ini, bertempat di Pusat Aktiviti Bestari Pasir Mas, Kelantan, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak sebagai kesinambungan usaha memperkukuh jaringan perlindungan sosial khusus kepada anak-anak.

Inisiatif ini melibatkan penyertaan komuniti, ibu bapa, guru, Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK),Pasukan Kebajikan Kanak-kanak (PKKK) dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak sebagai barisan hadapan dalam menangani isu penderaan, pengabaian dan eksploitasi kanak-kanak.

YBhg. Datuk Dr. KSU turut menyeru orang ramai untuk menghubungi Talian Kasih 15999 agar setiap suara yang prihatin mampu menjadi penyelamat kepada nasib anak-anak kecil yang didera dan diabaikan.

Majlis ini juga menyaksikan penyampaian pelekat Talian KASIH 15999 dan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang membuka reruai seperti Agensi AntiDadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia,Jabatan Pembangunan Wanita,Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Pendidikan Negeri serta Agensi di bawah KPWKM.

Seusai majlis , YBhg. Datuk Dr. KSU berkesempatan meluangkan masa ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Bestari sambil menyantuni kanak-kanak dan melihat fasiliti yang disediakan di pusat tersebut.

Turut sama hadir ialah Yang Berusaha Puan Rosmahwati Binti Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Yang Berusaha Puan Wan Noraidah Binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) JKM, Yang Berusaha Dr. Sopian Bin Brahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak - Kanak dan wakil-wakil pengurusan tertinggi.

Terdahulu, telah diadakan Ceramah Interaktif Kanak-Kanak berkaitan Keselamatan Atas Talian, Hak Kanak-Kanak dan Jenayah Seksual.

KPWKM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab bersama, kerana setiap kanak-kanak berhak dilindungi, disayangi dan didengar demi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI yang sejahtera.

ATAS
Accessbility Option