SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
3 Oktober 2026
Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 bertemakan “Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sambutan ini menjadi manifestasi penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa, pengalaman serta sumbangan warga emas kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Dalam amanatnya, YB Menteri menegaskan bahawa warga emas bukanlah beban, sebaliknya merupakan aset berharga negara yang kaya dengan pengalaman, kemahiran dan kebijaksanaan serta memainkan peranan penting sebagai penghubung antara generasi.
Seiring dengan itu, KPWKM terus memperkukuh sokongan, perlindungan dan penjagaan warga emas menerusi pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN), pembangunan komuniti mesra warga emas melalui Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan PAWE@3A, pengukuhan ekosistem penjagaan serta pendekatan Ageing-in-Place, termasuk pelaksanaan Bantuan Warga Emas (BWE).
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Warga Emas 2026 kepada Tuan Syed Amran Syed Omar, sebagai pengiktirafan terhadap ketabahan, sumbangan, pencapaian dan nilai teladan beliau yang menjadi inspirasi kepada masyarakat. Turut disampaikan Penghargaan Prihatin Warga Emas kepada pihak yang menunjukkan komitmen dalam pembangunan dan pemerkasaan warga emas melibatkan kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun/Syarikat Korporat dan Majikan.
Turut hadir YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka; YB Datuk Wira Salhah Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM; YBhg. Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pengurusan tertinggi KPWKM.