2025 Asia-Pacific Care Learning Week and Forum, Kathmandu, Nepal
Delegasi Malaysia yang diwakili Puan Fatimah Zuraidah binti Salleh dan Encik Muhammad Fahmi bin Ishak dari Bahagian Kolaborasi Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menghadiri 2025 Asia-Pacific Care Learning Week and Forum anjuran UN Women dan UNICEF yang berlangsung pada 2 hingga 5 September di Kathmandu, Nepal.
Objektif utama program ini adalah untuk memantapkan pelaksanaan ekonomi penjagaan di peringkat Asia Pasific dan memberikan latihan kepada pegawai yang bertanggungjawab dalam perkara ini.
Program ini turut menampilkan Puan Fatimah Zuraidah sebagai salah seorang panel semasa sesi forum tersebut. Beliau telah membincangkan pengukuhan ekonomi penjagaan di Malaysia melalui penglibatan Public, Private, Philanthropic dan Partnership (4P).
Selain itu, forum ini merupakan platform pengukuhan kolaborasi strategik bersama pemain industri di peringkat global.
KPWKM terus komited dalam memastikan salah satu agenda negara menerusi ekonomi penjagaan dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan kumpulan sasar.