LENSA KPWKM

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Program      31 Ogos 2026      Putrajaya    

Hari ini kita meraikan detik bersejarah negara iaitu 69 tahun melakar perjalanan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat????????.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, Sambutan Hari Kebangsaan 2026 berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan di Dataran Putrajaya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, di samping kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, serta barisan pemimpin negara.

KPWKM turut sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Semangat patriotisme dan cintakan tanah air jelas terpancar dalam setiap langkah barisan kontinjen yang berarak penuh gagah. Deruman pesawat udara yang membelah ruang angkasa Putrajaya menambah kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, sekali gus memperlihatkan kehebatan pertahanan negara. Selain itu, masyarakat awam turut berpeluang melihat sendiri aset-aset barisan hadapan negara sambil meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.

Tidak ketinggalan, kepelbagaian seni dan budaya tanah air turut mewarnai sambutan menerusi persembahan kreatif yang memukau dan menghiburkan ribuan pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya hari ini.

Jalur gemilang dikibar dengan penuh rasa bangga, memperlihatkan semangat waja dan kesepaduan luar biasa rakyat Malaysia ????????.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menjadi wadah untuk kita menghayati erti sebenar kemerdekaan serta menzahirkan rasa cinta terhadap tanah air kerana “Aku Kasih Malaysia”!

ATAS
Accessbility Option