LENSA KPWKM

KEM KASIH KELUARGA 2025 MERIAHKAN SAMBUTAN NOVEMBER BULAN KELUARGA NEGERI SARAWAK

Program      23 November 2025      Sarawak    

Kem KASIH Keluarga 2025 Meriahkan Sambutan November Bulan Keluarga Negeri Sarawak

22 - 23 November 2025

Kem KASIH Keluarga 2.0 bersempena November Bulan Keluarga Kebangsaan diteruskan lagi pada tahun ini melihat kepada kejayaan penganjuran program ini pada tahun lalu dalam memperkukuhkan institusi keluarga selari dengan komitmen Kerajaan menerusi Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berlangsung di Pantai Damai Santubong, para pengunjung yang hadir disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya:

-Forum Advokasi “KASIH Keluarga, Bahagia Bersama”
-Aktiviti kembara
-Sukaneka
-Kuiz keluarga
-Persembahan teater
-Pertandingan Lensa KASIH Keluarga

Kem KASIH Keluarga 2.0 yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini adalah ruang buat ahli keluarga meluangkan masa berkualiti bersama sambil dipenuhi dengan sesi keilmuan dan siri pembelajaran yang sangat berguna.

Turut sama hadir pada majlis ini YBhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, serta pegawai-pegawai kanan KPWKM dan LPPKN.

ATAS
Accessbility Option