Seminar Kenegaraan “Aku Kasih Malaysia”
27 Ogos 2026
Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, semangat cintakan negara terus disemarakkan dengan penganjuran Seminar Kenegaraan “Aku Kasih Malaysia” yang berlangsung di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Seramai hamper 150 orang peserta hadir dengan mengenakan busana tradisional pelbagai kaum dan etnik, mencerminkan keunikan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan dan identiti Malaysia.
Program kolaborasi antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPWKM dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) ini menampilkan sesi ceramah kenegaraan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai AKM iaitu Encik Mohamad Zuhdi Abdul Samad dan Puan Nurhafiza Mohammad Fadzil. Pengisian turut diselitkan dengan aktiviti interaktif seperti Kahoot dan kuiz berkaitan sejarah Malaysia serta trivia kemerdekaan, menjadikan seminar lebih santai, menarik dan bermakna.
Seminar ini bertujuan memperkukuh jati diri dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia melalui penghayatan terhadap sejarah, identiti serta kepelbagaian budaya dan agama. Pada masa yang sama, peserta diberi pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memupuk perpaduan serta menyumbang kepada kemajuan negara.
Ayuh! Warga KPWKM, marilah kita bersama-sama menghayati sejarah, menghargai kepelbagaian dan semarakkan semangat patriotisme kerana “Aku Kasih Malaysia”!.