LENSA KPWKM

PROGRAM SAMBUTAN HARI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 2025 MALAYSIA – UN OUR SHARED JOURNEY

Program      27 Oktober 2025      Kuala Lumpur    

Program Sambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 : Malaysia – UN: Our Shared Journey

27 Oktober 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memeriahkan Sambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2025 yang bertemakan Malaysia - UN : Our Shared Journey. Majlis ini telah dirasmikan secara bersama oleh Tuan Yang Terutama António Guterres, Setiausaha Agung PBB dan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri.

KPWKM selaku Focal Point tiga triti hak asasi manusia di bawah PBB iaitu CEDAW, CRC dan CRPD telah mengambil peluang untuk berkongsi kepada tetamu kehormat dan pengunjung reruai KPWKM berkenaan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan di dalam mengangkat hak asasi manusia khususnya kumpulan sasar KPWKM.

Selain itu, KPWKM turut mengambil peluang untuk berkongsi kepada Tuan Yang Terutama António Guterres, Setiausaha Agung PBB berkenaan Pelan Tindakan mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan yang baru sahaja diluncurkan pada bulan September 2025.

KPWKM amat menghargai sokongan berterusan yang diberikan oleh organisasi antarabangsa seperti PBB di dalam memajukan lagi hak asasi manusia di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option