LAWATAN RASMI DELEGASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA FALAHIAH KE ATAS YBHG. DATUK DR. KSU KPWKM
24 April 2026
YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menerima lawatan daripada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, iaitu Sekolah Angkat MADANI KPWKM bagi tahun 2025.
Lawatan yang diketuai oleh Pengetua Tuan Hj Mohd Rosli bin Idris dan diiringi YBrs. Dr. Ahmad Azwari bin Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru melibatkan seramai 41 orang guru-guru ini diberikan pendedahan kepada fungsi utama KPWKM dan Jabatan serta agensi di bawahnya.
Sinergi ini juga turut memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara Kementerian yang sedia terjalin melalui program Sekolah Angkat MADANI 2025.
Selain diberi pendedahan berhubung fungsi dan peranan KPWKM, para guru turut dibawa meninjau pusat operasi Talian Kasih dan Klinik Nur Sejahtera LPPKN.