LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PROF. IRENE BLACKBERRY, LA TROBE UNIVERSITY, MELBOURNE KEPADA KETUA SETIAUSAHA KPWKM

Mesyuarat      4 November 2025      Kuala Lumpur    

Kunjungan Hormat daripada Prof. Irene Blackberry, La Trobe University, Melbourne kepada Ketua Setiausaha KPWKM

4 November 2025

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah menerima kunjungan hormat daripada wakil La Trobe University, Melbourne, Australia yang diketuai oleh Prof. Irene Blackberry.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik antara La Trobe University dan KPWKM, khususnya dalam bidang penjagaan bagi memperkukuh pembangunan kapasiti serta memperluas peluang kerjasama penyelidikan dan latihan yang dapat memberi manfaat kepada golongan sasar di bawah kementerian.

KPWKM sentiasa mengalu-alukan jalinan kerjasama dengan institusi antarabangsa dalam usaha memperkukuh dasar serta inisiatif pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat demi memastikan kesejahteraan dan keseimbangan sosial rakyat terus terpelihara.

Turut hadir dalam sesi pertemuan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Encik Mohd Daud bin Mohd Arif.

ATAS
Accessbility Option