LENSA KPWKM

MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. DATUK DR. KETUA SETIAUSAHA BERSAMA-SAMA PEGAWAI PSIKOLOGI (MEMANGKU) (KUP) DI KPWKM TAHUN 2025

Program      26 Jun 2025      KPWKM    

Majlis Perjumpaan YBhg. Datuk Dr. Ketua Setiausaha Bersama-sama Pegawai Psikologi (Memangku) (KUP) di KPWKM Tahun 2025

26 Jun 2025

Hari ini telah diadakan perjumpaan YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama-sama Pegawai Psikologi yang menerima kenaikan pangkat Secara One-Off di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Seramai 15 orang Pegawai Psikologi terdiri daripada Gred S9, Gred S10, Gred 12 dan Gred S13 telah diluluskan kenaikan pangkat secara one off ini.

Inisiatif di bawah SSPA ini membuktikan bahawa skim psikologi turut mendapat manfaat hasil penambahbaikan laluan kerjaya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai psikologi yang telah menerima kenaikan pangkat secara one off ini.

KPWKM juga mengucapkan selamat datang kepada pegawai psikologi yang bertukar masuk ke KPWKM.

Kepada pegawai yang bertukar keluar, terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti. Semoga terus maju jaya di tempat baharu.

KPWKM berharap semua pegawai terlibat dapat berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan rasa tanggungjawab demi memperkukuh perkhidmatan awam.

ATAS
Accessbility Option