LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH BAGI PEMBANGUNAN PIAWAIAN PENJAGAAN NASIONAL ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN WARGA EMAS – ZON SELATAN

Program      25 Julai 2026      Johor    

Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh bagi Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas – Zon Selatan

25 Julai 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah menyempurnakan perasmian Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh bagi Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas – Zon Selatan pada 25 Julai 2026 di Johor Bahru.

Program yang dianjurkan oleh Sekretariat Sektor Penjagaan, KPWKM ini menghimpunkan pemegang taruh daripada pelbagai sektor untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta cadangan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan penjagaan kepada OKU dan warga emas di Malaysia.

Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada pembangunan piawaian penjagaan yang jelas, praktikal dan responsif terhadap keperluan semasa sektor penjagaan, meliputi aspek keselamatan, kompetensi penjaga, kebajikan penerima penjagaan serta kualiti penyampaian perkhidmatan oleh penyedia penjagaan.

Selaras dengan aspirasi sebagai Kementerian Peneraju Sektor Penjagaan Negara, KPWKM akan terus memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, industri, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan komuniti dalam membangunkan ekosistem penjagaan yang selamat, berkualiti, mampan dan berpusatkan insan.

Segala input yang diperoleh melalui sesi ini akan diperhalusi sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan Piawaian Penjagaan Nasional Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas, selaras dengan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030.

Turut hadir ialah Encik Mohd Daud bin Mohd Arif Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPWKM dan Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JKM.

ATAS
Accessbility Option