LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS KPWKM BERSAMA KERAJAAN NEGERI BERKAITAN CADANGAN PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL

Mesyuarat      16 Mei 2025      Putrajaya    

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempengerusikan Sesi Libat Urus KPWKM Bersama Kerajaan Negeri Berkaitan Cadangan Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial.

Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan secara terus berkenaan RUU Profesion Kerja Sosial yang sedang digubal oleh KPWKM kepada wakil-wakil Kerajaan Negeri.

Sesi yang dilaksanakan secara dalam talian ini merupakan sebahagian daripada libat urus berterusan oleh KPWKM untuk memastikan RUU Profesion Kerja Sosial bersifat menyeluruh dan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Matlamat utama RUU Profesion Kerja Sosial adalah untuk mengiktiraf dan mengawal selia kerja sosial sebagai satu bidang kerja profesional. Ia juga akan memastikan Kerajaan dapat melindungi rakyat yang menerima perkhidmatan sosial terutama dalam kalangan kumpulan rentan.

KPWKM mensasarkan untuk membentangkan RUU tersebut bagi bacaan kali pertama di Parlimen pada tahun ini.

ATAS
Accessbility Option