YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan lawatan tapak ke Woodrose Senior Residences di Shah Alam, Selangor. Lawatan tapak tersebut merupakan persiapan yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi penganjuran program ASEAN+Republic of Korea (ROK) Conference on Care and Support for Older Persons yang akan diadakan pada bulan Julai 2025.
Lawatan tersebut telah dimulakan dengan taklimat oleh pihak pengurusan Woodrose Senior Residences, Encik Abdul Rashid Bernard Lawrence selaku Pengerusi Eksekutif Woodrose Senior Residences Sdn. Bhd. Lawatan ke Woodrose Senior Residences ini merupakan salah satu tentatif program semasa berlangsungnya ASEAN+ROK Conference on Care and Support for Older Persons kelak dan diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para peserta dari Negara Anggota ASEAN dan ROK berkaitan inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Malaysia termasuklah sektor swasta dalam bidang penjagaan warga emas.