LENSA KPWKM

KURSUS PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN PELAKSANAAN AKTA-AKTA DI BAWAH SELIAAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT TAHUN 2025

Latihan      16 Julai 2025      Kuala Lumpur    

Kursus Pemahaman Dan Pemantapan Pelaksanaan Akta-Akta Di Bawah Seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Tahun 2025

16 Julai 2025

YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah merasmikan Kursus Pemahaman dan Pemantapan Pelaksanaan Akta-Akta di bawah Seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tahun 2025 (Kursus) yang dianjurkan oleh Unit Penasihat Undang-undang, KPWKM pada 14 hingga 16 Julai 2025 di ParkRoyal Collection, Kuala Lumpur. Kursus ini melibatkan penyertaan 31 orang peserta termasuk pegawai-pegawai daripada KPWKM, Tribunal bagi Antigangguan Seksual dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di ibu pejabat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri di empat buah negeri.

Objektif utama penganjuran Kursus ini adalah untuk menjadi platform perkongsian ilmu dan memberi kefahaman yang komprehensif dalam kalangan pegawai berkaitan pelaksanaan dan pematuhan akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah tanggungjawab KPWKM.

ATAS
Accessbility Option