LENSA KPWKM

KPWKM, LPPKN ANJUR PERKKS 2025 - MENANGANI MEGATREND PENDUDUK DAN DINAMIK KELUARGA

Program      19 November 2025      Selangor    

KPWKM, LPPKN ANJUR PERKKS 2025 - MENANGANI MEGATREND PENDUDUK DAN DINAMIK KELUARGA

19 November 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS 25) yang bertemakan “Megatrend Penduduk dan Dinamik Keluarga : Cabaran untuk Masa Depan Lebih Berkualiti” anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) agensi di bawah KPWKM.

PERKKS 25 merupakan platform strategik untuk membincangkan isu kritikal seperti penurunan kadar kesuburan, penuaan penduduk, pemerkasaan wanita dan kesejahteraan keluarga dalam konteks perubahan sosial serta ekonomi Malaysia.

Persidangan tiga hari ini memberi tumpuan kepada enam bidang utama meliputi kesuburan, penuaan, gender, dasar keluarga, alam sekitar dan analisis serta penyebaran data kependudukan dengan menghimpunkan lebih 300 peserta termasuk 150 pembentang terdiri daripada penyelidik, penggubal dasar, akademia, agensi kerajaan, sektor swasta dan badan antarabangsa.

PERKKS 25 mencerminkan komitmen KPWKM untuk memastikan isu demografi dan kekeluargaan ditangani secara menyeluruh, progresif dan berasaskan bukti dimana pembangunan dasar kependudukan adalah berteraskan data dan daya tahan digital agar teknologi dapat dimanfaatkan secara inklusif merentas generasi.

Hasil persidangan ini akan menjadi panduan penting kepada KPWKM dan LPPKN dalam merangka dasar, intervensi dan pelan tindakan yang lebih komprehensif bagi menangani cabaran demografi negara secara holistik, berasaskan data dan berpaksikan keluarga.

Turut sama hadir ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN serta para pegawai jabatan dan agensi.

ATAS
Accessbility Option