LENSA KPWKM

MALAYSIA MENGUKUHKAN KOMITMEN DI PERINGKAT ANTARABANGSA DALAM BIDANG KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL

Mesyuarat      26 Oktober 2026      Japan    

MALAYSIA MENGUKUHKAN KOMITMEN DI PERINGKAT ANTARABANGSA DALAM BIDANG KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL
Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila telah diundang untuk menyampaikan inisiatif dan amalan terbaik yang telah dan sedang dilaksanakan semasa mesyuarat peringkat tinggi 24th ASEAN-Japan High-Level Official Meeting on Caring Societies yang berlangsung di Kagawa, Jepun pada 26-28 Oktober 2026.
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM yang juga Pemimpin Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD) Malaysia semasa menyampaikan Kenyataan Negara telah membentangkan Kerangka Dasar Sosial Negara 2030 dan hala tuju lain yang berkaitan sebagai dasar payung dalam memelihara kebajikan masyarakat.
Mesyuarat berkala yang mendapat sokongan penuh oleh Kerajaan Jepun ini turut melibatkan wakil ASEAN Senior Labour Officials Meeting (SLOM) dan Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD) Malaysia.
Mesyuarat ini menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman antara Jepun dengan negara-negara ASEAN dalam melaksanakan inisiatif berkaitan penjagaan warga emas, di samping meneliti cabaran bersama yang dihadapi untuk membangunkan sistem kebajikan, penjagaan kesihatan dan sokongan pekerjaan.
Penyertaan Delegasi Malaysia juga merupakan satu langkah proaktif meneroka peluang kerjasama dengan Jepun khususnya dalam bidang penjagaan warga emas. Langkah ini bertepatan dengan usaha KPWKM yang kini sedang dalam proses menggubal Rang Undang-Undang Warga Emas bagi terus melindungi warga emas di Malaysia.
ATAS
Accessbility Option