LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH DAYA TAHAN KELUARGA MELALUI PENGURUSAN EMOSI DAN INTERVENSI AWAL

Program      5 Oktober 2026      Kuala Lumpur    

KPWKM Perkukuh Daya Tahan Keluarga Melalui Pengurusan Emosi dan Intervensi Awal

5 Oktober 2026

Forum Kebahagiaan Rumah Tangga “Tenangkan Emosi, Eratkan KASIH” yang disertai seramai 1,400 peserta dari seluruh negara, secara bersemuka dan melalui penstriman dalam talian, telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai aktiviti psikopendidikan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Forum yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini bertujuan memperkukuh usaha membina keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan menerusi pendidikan keluarga, pengurusan emosi dan intervensi awal.

Anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sebanyak 100 Sesi Kelompok Psikopendidikan Keluarga telah dikendalikan oleh 100 kaunselor profesional berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Melalui sesi berasaskan prinsip Family-Psychological First Aid menerusi Modul KASIH Keluarga Ceria, peserta dibimbing memahami punca dan pencetus kemarahan, menilai tahap emosi serta mengenal pasti tanda awal sebelum keadaan menjadi lebih sukar dikawal.

Dalam memperkukuh sokongan kepada pasangan yang berhadapan masalah perkahwinan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui LPPKN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara turut menyediakan Badan Pendamai Keluarga LPPKN, yang merangkumi perkhidmatan kaunseling keluarga dan tribunal perkahwinan.

ATAS
Accessbility Option