LENSA KPWKM

BENGKEL KHAS RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL (RUU PKS) TAHUN 2025

Program      29 Mei 2025      KPWKM    

Bengkel Khas Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) Tahun 2025

29 Mei 2025

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempengerusikan Bengkel Khas Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) pada 29 Mei 2025 di Putrajaya.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membentangkan kandungan terkini draf RUU PKS serta memuktamadkan perkara-perkara dasar bagi memperkasakan profesion kerja sosial di Malaysia.

Selain itu, bengkel ini diadakan susulan sesi libat urus KPWKM bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk daripada Kementerian/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri, serta pihak bukan Kerajaan sejak awal tahun ini.

KPWKM mensasarkan untuk membentangkan RUU PKS bagi bacaan pertama di Parlimen pada tahun ini.

Penggubalan RUU PKS bertujuan mewujudkan tadbir urus dan kawal selia yang jelas bagi pekerja sosial serta untuk mengiktiraf mereka sebagai pengamal profesional bagi melindungi kepentingan rakyat terutama kumpulan rentan yang merupakan penerima pelbagai perkhidmatan sosial.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai KPWKM.

ATAS
Accessbility Option