Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KPWKM BILANGAN 1 TAHUN 2025

Mesyuarat      24 April 2025      Putrajaya    

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPWKM Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Putrajaya.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi pihak pekerja dan pihak pengurusan untuk membincangkan isu antaranya berkaitan kebajikan warga kerja KPWKM.

MBJ juga menjadi ruang untuk ahli-ahli mesyuarat memberikan sumbangan idea kreatif dan inovatif bagi memastikan KPWKM dapat berkembang dengan baik dan kekal relevan.

Dalam sesi MBJ hari ini, YBhg. Datuk Dr. KSU turut menyentuh mengenai nilai H.E.M.A.T dalam perkhidmatan awam dan Pembudayaan Keseronokan Bekerja sebagai Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 - 2030.

Selaras dengan Pembudayaan Keseronokan Bekerja, ahli MBJ turut dilibatkan dalam kursus pemantapan MBJ KPWKM yang diadakan pada sesi petang.

Kursus ini bertujuan menyuntik rasa keseronokan bekerja di kalangan kakitangan dan menyemai nilai kebersamaan serta usaha memperkukuhkan kalangan ahli MBJ KPWKM.

Turut sama hadir dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, TKSU(Operasi) dan Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, TKSU(Strategik).

ATAS
Accessbility Option