LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN PUSAT JAGAAN TASSEK DAN KEMUDAHAN KESEJAHTERAAN YANG DINAIK TARAF DI SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Program      31 Julai 2025      Kuala Lumpur    

Majlis Perasmian Pusat Jagaan TASSEK dan Kemudahan Kesejahteraan yang Dinaik Taraf di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan pelancaran semula Taska Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (TASSEK) dan pusat kecergasan yang telah dinaik taraf di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bukit Kiara.

Inisiatif SC yang memberi keutamaan kepada kebajikan kakitangan harus dipuji kerana kemudahan seperti ini mencerminkan nilai inklusiviti, kasih sayang dan kemajuan yang menjadi teras kepada Kerajaan MADANI.

Pusat jagaan seperti TASSEK bukan satu keistimewaan, tetapi merupakan satu keperluan yang mana membantu ibu bapa, terutamanya golongan ibu, untuk terus kekal dalam dunia pekerjaan tanpa perlu memilih antara kerjaya dan keluarga.

Penaiktarafan pusat kecergasan SC pula adalah bukti bahawa aspek kesihatan mental dan fizikal amat penting dalam mewujudkan tempat kerja yang mampan dan produktif dan diharap agar lebih banyak organisasi awam dan swasta akan mencontohi usaha murni SC dalam menjaga kebajikan warga kerja.

KPWKM juga sedang rancak berusaha dalam membangunkan Kerangka Industri Penjagaan bagi mewujudkan ekosistem sokongan yang mantap demi memperkasa wanita sebagai pekerja, usahawan dan pemimpin yang berjaya.

ATAS
Accessbility Option