LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH PEMANTAUAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2025

Mesyuarat      26 November 2025      KPWKM    

KPWKM Perkukuh Pemantauan Program/Projek Pembangunan Tahun 2025

26 November 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperkukuh pemantauan secara berterusan terhadap kemajuan bagi 48 program/projek pembangunan di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Tahun 2025.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) KPWKM Bil. 2/2025 yang diadakan secara serentak dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bil. 11/2025 bagi mendengar pelaporan mengenai status kemajuan 48 program/projek yang sedang dilaksanakan pada tahun 2025.

Dalam masa yang sama, Bahagian Pembangunan, KPWKM juga telah membentangkan senarai program/projek pembangunan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Tahun 2026. Pembentangan senarai program/projek tersebut adalah merupakan langkah proaktif KPWKM dalam memastikan Bahagian/Jabatan/Agensi yang terlibat dapat membuat perancangan kerja serta pengurusan program/projek dengan lebih awal dan rapi bagi tahun 2026.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM dan Ketua-ketua Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPWKM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

ATAS
Accessbility Option