INTERNATIONAL SUMMIT ON DISABILITY INCLUSIVE FUTURES (ISDIF 2025)
Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menyeimbangkan pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keadilan untuk semua demi membina masa depan yang inklusif, KPWKM memperkukuh sinergi dengan pelbagai pihak bagi memastikan aspirasi ini tercapai.
Hari ini, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Majlis Penutup International Summit On Disability Inclusive Futures (ISDIF 2025) di Aeon Mall, Shah Alam, Selangor.
ISDIF 2025 merupakan inisiatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD) dengan sokongan KPWKM merupakan platform yang menghubungkan penyelidik, inovator, pembuat dasar dan komuniti OKU ke arah masa depan inklusif dan berdaya saing bukan sahaja peringkat nasional tetapi antarabangsa.
KPWKM sentiasa komited memperkukuh dasar, program dan jaringan kebajikan demi mempertingkat kesejahteraan komuniti OKU melalui pelbagai inisiatif di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antaranya Elaun Pekerja OKU (EPOKU), Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), dan pelaksanaan Dasar OKU Negara 2023–2030
YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa melawat reruai penyertaan produk inovasi di bawah International Disability Invention, Design and Innovation (i-DIDI) yang melibatkan 60 produk hasil daripada institusi-institusi pendidikan yang terlibat.
Turut diadakan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dengan Tashkent State University of Economics, Uzbekistan yang menjalin kerjasama antarabangsa dengan penubuhan unit perkhidmatan OKU berasaskan model UiTM.
KPWKM berharap program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti OKU agar jaringan dan kolaborasi yang terhasil dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan yang memerlukan.