KPWKM Sambut Baik Program Astro Home Of Kids
12 September 2025
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewakili YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Astro Home Of Kids di Pavillion Bukit Jalil hari ini.
KPWKM menyambut baik inisiatif yang diperkenalkan oleh Astro menerusi Program Astro Home Of Kids yang menyediakan kandungan mesra kanak-kanak secara digital dengan menggabungkan elemen pendidikan, inspirasi dan keselamatan dalam satu platform.
Kementerian terus komited memperkukuh hak kanak-kanak menerusi Dasar Kanak-Kanak Negara yang turut menekankan aspek literasi digital, keselamatan siber serta perlindungan daripada eksploitasi di alam maya.
Inisiatif ini merupakan usaha KPWKM untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan digital kepada kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti bagi memastikan kanak-kanak mendepani dunia digital dengan ruang yang selamat.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Group Cheif Executive Officer Astro, Mr. Euan Smith.