LENSA KPWKM

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK KASIH KANAK-KANAK

Program      18 Mei 2025      Sabah    

Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: KASIH Kanak-kanak

18 Mei 2025

Kanak-kanak merupakan salah satu kumpulan sasar yang sentiasa menjadi keutamaan KPWKM. Menerusi Kembara KASIH ini, seramai 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak Penampang disantuni dalam Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: KASIH Kanak-kanak yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti mengenai isu pemeliharaan serta pelindungan kanak-kanak. Ia juga merupakan antara usaha berterusan Kementerian dalam menggerakkan semua anggota masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak.

Dalam majlis ini, turut disampaikan pelekat Talian KASIH 15999 kepada Pengetua SMK Limbanak Penampang, Encik Jackson Siga@Sigo dan penyerahan cek cura Peruntukan Kewangan kepada pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Daerah Penampang, Puan Mardiana Haji Ibno.

Antara pengisian lain program hari ini ialah pameran agensi bertujuan memberikan maklumat kepada masyarakat khususnya kanak-kanak mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jika terdedah kepada penderaan.

KPWKM menyeru kepada orang ramai untuk memanfaatkan Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-2615999 serta Aplikasi Mudah Alih Talian Kasih 15999 sekiranya terdapat sebarang kes penderaan atau pengabaian dalam komuniti setempat.

ATAS
Accessbility Option