LENSA KPWKM

SARAWAK MEDIA NIGHT BERSAMA MENTERI KPWKM

Program      10 November 2025      Sarawak    

Sarawak Media Night Bersama Menteri KPWKM

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada rakan-rakan media Sarawak atas sokongan padu dan komitmen berterusan yang diberikan dalam menyokong usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyantuni kumpulan sasar dan menyebar luas inisiatif dan dasar kementerian.

Peranan media amat penting dalam membantu Kementerian menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan berimpak tinggi kepada masyarakat selaras dengan visi dan misi KPWKM untuk memperkasa kesejahteraan kumpulan sasar secara holistik.

Dalam majlis ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut berkongsi pelbagai inisiatif serta usaha proaktif yang digerakkan Kementerian bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

KPWKM amat menghargai hubungan erat yang telah terjalin bersama rakan media dan berharap kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh demi membina masyarakat yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Pengerusi Sarawak Media Group, Dato’ Norhayati Ismail, Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Presiden Kuching Division Journalist Association (KDJA), Ronnie Teo, Timbalan Pengarah JAPEN Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari, Penolong Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa RTM Sarawak, Ho Chia Hui, Ketua Biro BERNAMA Sarawak, Hamdan Ismail dan pegawai - pegawai kanan KPWKM.

ATAS
Accessbility Option