LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH ZON SABAH BAGI PEMBANGUNAN PIAWAIAN PENJAGAAN NASIONAL ORANG KURANG UPAYA DAN WARGA EMAS

Program      9 Ogos 2026      Sabah    

Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Zon Sabah Bagi Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional Orang Kurang Upaya dan Warga Emas

9 Ogos 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah merasmikan Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Zon Sabah Bagi Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu.

Penganjuran ini selaras dengan mandat kerajaan yang menetapkan KPWKM sebagai Kementerian Peneraju Sektor Penjagaan Negara bagi memantapkan kualiti, aspek keselamatan, serta keseragaman mutu perkhidmatan penjagaan di seluruh negara.

Antara fokus utama perbincangan merangkumi usaha membina ekosistem penjagaan yang berpusatkan insan, mampan, dan selamat. Langkah ini dijajarkan terus dengan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030.

Usaha ini mencerminkan komitmen KPWKM dalam menghasilkan piawaian yang menyeluruh serta praktikal. Melalui bengkel ini, semangat pemilikan bersama (shared ownership) dalam kalangan pemegang taruh dapat dipupuk agar pelaksanaannya kelak lebih berkesan di peringkat nasional.

ATAS
Accessbility Option