LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 NEGERI JOHOR

Program      23 Mei 2025      Johor    

Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor

23 Mei 2025

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menghadiri Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menyaksikan pameran perkhidmatan Jabatan dan Agensi pelbagai kementerian yang dibawa secara terus kepada masyarakat.

KPWKM turut menyokong program ini dengan membuka reruai dan bersedia untuk berkongsi informasi-informasi terkini berkaitan perkhidmatan ditawarkan di bawah KPWKM seperti perkhidmatan Talian Kasih 15999, perkhidmatan psikososial di Pusat Sokongan Sosial Setempat, saringan kesihatan, hebahan advokasi Jabatan Pembangunan Wanita dan banyak lagi.

ATAS
Accessbility Option