LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM WANITA GIG AND BUSINESS IN TECHNOLOGY (WANITA GIG@BIT)

Program      12 Jun 2025      Kuala Lumpur    

Majlis Perasmian Program Wanita Gig and Business In Technology (Wanita GIG@BIT)

12 Jun 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menganjurkan Program Wanita Gig and Business In Technology (Wanita GIG@BIT) yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memperkasakan wanita dalam ekonomi dan teknologi digital. Majlis Perasmian yang berlangsung di Hotel M Resort Kuala Lumpur hari ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Wanita Gig@Bit merupakan satu inisiatif JPW bagi membuka peluang ekonomi digital kepada wanita dari pelbagai latar belakang, mengurangkan jurang gender dalam STEM dan seterusnya menyokong pembangunan negara secara inklusif.

Melalui program ini juga JPW telah merancang pelaksanaan program sampingan seperti eKelas Usahawan @JPW, Program Pemerkasaan Graduan STEM Ke Alam Pekerjaan, Bengkel Fotografi dan Video Digital serta Program Kesedaran Asas Generatif Ai Dan Keselamatan Siber dengan kerjasama rakan strategik seperti Maxis Berhad, Canon Marketing Malaysia, Mereka Academy dan Pertubuhan Persekutuan Wanita Antarabangsa dan Industri Perdagangan Malaysia (IWFCIM).

Berteraskan aspirasi Malaysia MADANI, program seumpama ini dirangka sejajar dengan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 yang merupakan satu inisiatif menyeluruh dan memerlukan penglibatan semua pihak bagi mencipta ekosistem yang lebih adil, inklusif, dan berdaya saing.

Turut sama hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBrs. Puan Hanani Binti Sapit, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, YBrs. Puan Jennifer Wong Chui Fen, Ketua Pegawai Kewangan, Maxis Berhad, Pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Jabatan.

ATAS
Accessbility Option