LENSA KPWKM

YBM KPWKM MENERIMA UNDANGAN DARIPADA YB MENTERI SUMBER MANUSIA

Mesyuarat      27 Mei 2025      Kuala Lumpur    

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima undangan daripada YB Tuan Steven Sim Kee Cheong, Menteri Sumber Manusia untuk membincangkan perkara berkaitan pendayaupayaan wanita dalam pasaran buruh.

Selain itu perkara dasar yang turut menjadi tumpuan perbincangan adalah meneroka idea kolaborasi strategik baharu antara dua Kementerian dalam melahirkan Penjaga Yang Profesional.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Ariff, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KPWKM dan YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita.

KPWKM sentiasa optimis dan menyambut baik inisiatif yang memberikan kesejahteraan kepada kumpulan sasar.

ATAS
Accessbility Option