Perjumpaan Bersama Presiden Global Summit of Women
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan perbincangan dengan Puan Irene Natividad, Presiden Global Summit of Women 2025 (GSW 2025) di Berlin, Jerman berkenaan pelaksanaan persidangan GSW 2025 yang bermula hari ini.
Pertemuan ini turut membincangkan perkembangan dan pencapaian wanita Malaysia di dalam pelbagai sektor terutamanya bidang ekonomi. Kedua-dua pihak saling berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam meningkatkan pemerkasaan wanita di semua peringkat.
Delegasi turut membincangkan cadangan oleh pihak GSW untuk Malaysia menganjurkan persidangan ini pada tahun 2027.
Turut hadir sama dalam sesi ini adalah YBhg. Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan Dr Faridah Awang, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).