ASEAN Intersectoral Workshop on the Impact and Cost of Violence Against Children
Delegasi Malaysia iaitu Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mewakili ACWC (Hak Wanita) dan Dr. Nurul Huda Abdul Manaf dari Unit Dasar Wanita dan Gender, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewakili SOMSWD telah menghadiri ASEAN Intersectoral Workshop on the Impact and Cost of Violence Against Children yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia pada 27 hingga 28 November lepas.
Bengkel ini menghimpunkan para pakar, pembuat dasar, pengamal dan rakan strategik serantau bertujuan mengukuhkan usaha kolektif ASEAN dalam melindungi kanak-kanak. Bengkel ini juga diadakan bagi mempertingkat pemahaman mengenai kos ekonomi dan sosial akibat keganasan terhadap kanak-kanak, menggalakkan tindakan berasaskan bukti dan berpandukan data, serta memperkukuh kerjasama rentas sektor melibatkan agensi Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil.
Pada hari kedua bengkel, Dr. Nurul Huda telah dilantik sebagai moderator bagi Sesi 4: “Understanding How Countries Conduct Studies on the Impact and Cost of Violence Against Children in Different Settings.” Sepanjang bengkel dua hari tersebut, para peserta membincangkan bentuk keganasan yang paling kerap menimpa kanak-kanak di seluruh ASEAN serta implikasinya dari aspek kesihatan, pendidikan, perlindungan sosial dan pembangunan negara bagi jangka panjang. Hasil bengkel ini akan menyokong pelaksanaan ASEAN Regional Plan of Action on the Elimination of Violence Against Children (RPA on EVAC) .