LENSA KPWKM

PELUASAN KERJASAMA STRATEGIK SEKTOR PENJAGAAN

Program      6 Ogos 2026      Kuala Lumpur    

PELUASAN KERJASAMA STRATEGIK SEKTOR PENJAGAAN

6 Ogos 2026

YBrs. Encik Mohamad Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hari ini telah menerima Sijil Penghargaan daripada Sunway Medical Centre mewakili KPWKM sebagai simbolik satu lagi inisiatif kepada peluasan kerjasama strategik dalam bidang penjagaan sosial.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030 yang diterajui oleh KPWKM, ke arah membangunkan ekosistem penjagaan yang lebih berkualiti, inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Jalinan kerjasama ini turut mencerminkan komitmen bersama sektor awam dan swasta dalam memperkasa agenda ekonomi penjagaan (Care Economy), meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan serta memperluas akses kepada sokongan yang lebih menyeluruh kepada masyarakat.

Tahniah kepada KPWKM dan Sunway Medical Centre atas terjalinnya kerjasama strategik ini. Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor penjagaan negara yang lebih berdaya tahan, berimpak tinggi dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

ATAS
Accessbility Option