Pertandingan Membaca Berita Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diadakan buat julung kalinya dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) dan Bahagian Khidmat Pengurusan KPWKM.
Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan Sambutan Dekad Membaca Kebangsaan 2026.
Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat serta mengasah kemahiran warga KPWKM dalam bidang komunikasi, pengucapan awam dan penguasaan bahasa, di samping menyemarakkan budaya membaca serta meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan warga kementerian.
Seramai 10 orang peserta telah menyertai dan ke peringkat akhir untuk diadili. Para peserta terdiri daripada warga Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM yang telah menampilkan bakat, kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam penyampaian berita.
Pertandingan ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam mengenal pasti serta mengembangkan potensi warga KPWKM, khususnya dalam bidang komunikasi dan bahasa, selain menyokong usaha memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam.