Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

KPWKM RANGKUL 3 ANUGERAH DI 50TH GENEVA EXHIBITIONS AND INVENTIONS OF GENEVA

Program      13 April 2025      Geneva    

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) rangkul 3 anugerah di 50th Geneva Exhibitions and Inventions of Geneva.

KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berjaya merangkul 3 anugerah di 50th Geneva Exhibitions and Inventions of Geneva yang telah berlangsung pada 9 hingga 13 April 2025.

Anugerah yang telah berjaya dirangkul adalah:

????Pingat emas menerusi Produk Kikers Stick,

????Pingat perak bagi Produk Fisio Fit,

???? Pingat gangsa bagi Produk Anti-Lock Warning.

Delegasi JKM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan wakil-wakil pegawai JKM iaitu Puan Rohana Binti Asnawi, Nik Amad Faris Bin Nooh, Mohd Kaffe Bin Miskam serta Shairol Bin Sari telah menerima pengiktirafan ini pada 12 April 2025 sempena majlis penyampaian anugerah yang diadakan di sana.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan inovasi JKM atas kejayaan ini.

Semoga menjadi pembakar semangat untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada masyarakat di masa akan datang.

ATAS
Accessbility Option