LENSA KPWKM

PERSIDANGAN PENYELIDIKAN GOVERNANS, INTERGRITI DAN ANTIRASUAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 TAHUN 2025

Program      18 September 2025      Selangor    

Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 Tahun 2025

18 September 2025

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM hari ini menghadiri Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 Tahun 2025 yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA Kompleks TH Sepang.

Persidangan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) ini
berlangsung selama dua hari dengan menghimpunkan para penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar serta wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta bagi membentangkan hasil penyelidikan dalam bidang governans, integriti dan antirasuah.

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam ucapannya turut menekankan kepentingan mengukuhkan budaya integriti melalui penyelidikan berasaskan data dan memanfaatkan penggunaan teknologi ???????????????????????????????????????? ???????????????????????????????????????????????? (AI) bagi mendepani cabaran governans dan rasuah pada masa kini.

ATAS
Accessbility Option