Program Madani Rakyat (PMR) 2025 membuka tirai di Dataran Perbandaran Tawau, Sabah yang berlangsung bermula 9 sehingga 11 Mei 2025.
KPWKM sentiasa menyokong inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan dan turut mengambil bahagian dalam PMR pada kali ini dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti bantuan psikososial, perkhidmatan Talian Kasih 15999, pameran berkaitan pembangunan wanita serta saringan kesihatan.
Barisan petugas agensi di bawah KPWKM (JKM, LPPKN, JPW, YKN dan Lembaga Kaunselor) bersedia membantu masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat.
Jangan lepaskan peluang ini. Kami akan berada di tapak program sehingga esok. Jom datang beramai-ramai!